Perhimpunan Agung Tahunan MGSS kali ke-12

1

 

9

 

 

Pada 21 Mac yang lalu Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Jerman (MGSS) telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-12 (AGM12) yang bertempat di Restoran Serai, Heidelberg.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh lebih 60 orang pelajar Malaysia dari serata Jerman. Wakil dari pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) dari Frankfurt iaitu En. Syarqawi Muhammad dan Cik Noramirah Yusoff juga telah hadir memeriahkan majlis.

Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Jeneral Konsul Pn. Adina Kamarudin. Selepas berucap untuk majlis perasmian beliau telah memberikan sedikit sumbangan berjumlah 150 Euro dari pihak Jeneral Kosulat kepada MGSS. Pihak MGSS amat berbesar hati atas sumbangan tersebut.

Seperti semua sudah tahu tujuan Perhimpunan Agung Tahunan dianjurkan ialah untuk mengumpul semua ahli Persatuan Pelajar Malaysia Jerman bagi mengumumkan barisan kepimpinan sesi 2015/2016 selain melaporkan perjalanan aktiviti dan kewangan persatuan sepanjang tahun.

Barisan kepimpinan terbaru hasil daripada undian pelajar telah diumumkan pada akhir majlis itu. Barisan kepimpinan terbaru 2015/2016 boleh dilihat melalui link berikut.

MGSS HiCom 2015/2016

Dengan adanya Perhimpunan Agung Tahunan ini, diharapkan juga agar persatuan ini akan menjadi lebih teratur dan tersusun dari segi gerak kerja khususnya dengan pelantikan barisan kepimpinan yang baru sesi 2015/2016.

Untuk melihat gambar-gambar yang telah diambil pada majlis itu sila ke link ini.