cu
Contact Us

Contact our high commitee through these media.

Sambutan Aidilfitri Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt 2015

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Seperti lazimnya, Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt pada hari raya pertama. Para pelajar turut dijemput bersama-sama meraikan sambutan ini. Butiran sambutan adalah seperti berikut:

 

            Tarikh                                     : 17 Julai 2015 (Jumaat)

            Tempat                                   : Konsulat Jeneral Malaysia, Frankfurt

            Masa / Tentatif Porgram      :  8.30 pagi – Solat Sunat Aidilfitri

                                                                9.30 pagi – Jamuan

            Pakaian                                  : Baju Melayu / Baju Kurung

 

 

Sehubungan itu, dipohon kepada pelajar yang akan hadir untuk memberikan pengesahan melalui link di bawah selewat-lewatnya pada 5 Julai 2015 (Ahad), jam 9.00 pagi.

 

Pengesahan kehadiran diperlukan bagi tujuan penyediaan juadah untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran makanan.

 

Kebanyakan daripada pelajar Malaysia di Jerman telah mendapat emel daripada Cik Noramirah sendiri mengenai majlis ini. Jadi, oleh itu semua pelajar juga dipohon untuk menyebarkan berita mengenai sambutan ini kepada pelajar-pelajar tajaan selain JPA seperti MARA, Yayasan Terengganu, Yayasan TNB, Persendirian dan lain-lain.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Encik Syarqawi Muhammad atau Cik Noramirah di no +49 176 3060 6184 atau +49 152 1702 5392.

 

Pengesahan kehadiran